Dah lama tak post pasal nota untuk hati ni. Dah xde nota ke? MasyaALLAH. Terlalu banyak. Cuma selalunya..aku akan taip nota buat hati ni bila aku rasa betul-betul tersentak dengan diri sendiri. Teruk kan? Rasa insaf tu datang sekali sekala. Maknanya..xde la insaf betul-betul. Aiyoo..tak mau la camtu. Kena istiqamah.
Nota ni aku tujukan buat diri aku yang selalu alpa.
Kau..selalu lupa. Selalu lalai. Selalu perlu diingatkan.
Kenapa? Lupakah engkau bahawa hidup ini ibarat sebuah buku..yang bahagian depannya merupakan permulaan hidup. Tebal atau nipis buku itu bergantung pada amalan dan usiamu.
Sedarkah engkau? Hidupmu tidak lama. Sudah terlalu banyak tanda-tanda kiamat keluar. Perbaiki dirimu..perbaiki amalanmu..duhai diri
0 merapu bersama~~:
Post a Comment