MASYAALLAH..
Aku ke tu?
Disebabkan aku masih tak dapat tidur, aku tergerak hati nak baca my old entries. MasyaALLAH. Terkejut dan rasa merah muka bila baca.
Malunya. Tak sangka dulu memang terserlah kebudakan bila menulis tu. Speechless. Aku ke tu? Kena main hashtag dah ni..tolong jangan kecam saya
#jangankecamsaya #akuyangdulu
Saturday
Aku yang dulu
Pagi yang indah
Pagi yang indah..hmmm..jom hirup udara segar..
Apa khabar duhai diri? Sihat? Alhamdulillah. Syukur.
Tak banyak yang nak tulis pagi ni. Sekadar mengajak diri sendiri dan pembaca..jika ada~ untuk sama2 mengucap syukur dan ingat ALLAH setiap masa dan setiap keadaan.
Hobby
Okay..jujur ye. Aku memang suka tengok lakorns. Kalau cakap lakorns..tak ramai yang tahu kecuali yang minat jugak. Baiklah.. lakorns ni drama Thailand. Aku suka tengok lakorn sebenarnya dah lama. Cuma semakin lama makin menjadi-jadi. Haha. Sebenarnya aku suka tengok drama..cerita apa la..tapi kena ikut mood. Mood tengok cerita ni tak menentu. Hari ni mungkin aku akan rasa nak tengok drama korea..esok mungkin drama jepun..atau telenovela. Kadang- kadang sampai seminggu mood aku boleh jadi nak tengok lakorn je.
Gila kan? Mungkin ada yang cakap..alaaa..biasa la tu. Tapi bagi my sisters..benda ni agak luar biasa bila mula-mula diorang tahu perangai gila aku ni. Iye la. Sampai sanggup tengok cerita telenovela mexico yang langsung xde subtitle semata- mata kerana layankan mood aku ni.
Jadi disebabkan minat aku ni..yang aku katakan hobby ni..aku bercadang nak buat review lakorns yang aku tengok..sama macam review drama korea. Aku baru buat satu kan? Sebab xde mood nak buat. Haha..kali ni nak buat first impression pasal lakorn yang aku tengok dan kenapa aku jadi macam makin jatuh cinta dengan lakorns ni.
Friday
Nota buat hati #7
Dah lama tak post pasal nota untuk hati ni. Dah xde nota ke? MasyaALLAH. Terlalu banyak. Cuma selalunya..aku akan taip nota buat hati ni bila aku rasa betul-betul tersentak dengan diri sendiri. Teruk kan? Rasa insaf tu datang sekali sekala. Maknanya..xde la insaf betul-betul. Aiyoo..tak mau la camtu. Kena istiqamah.
Nota ni aku tujukan buat diri aku yang selalu alpa.
Kau..selalu lupa. Selalu lalai. Selalu perlu diingatkan.
Kenapa? Lupakah engkau bahawa hidup ini ibarat sebuah buku..yang bahagian depannya merupakan permulaan hidup. Tebal atau nipis buku itu bergantung pada amalan dan usiamu.
Sedarkah engkau? Hidupmu tidak lama. Sudah terlalu banyak tanda-tanda kiamat keluar. Perbaiki dirimu..perbaiki amalanmu..duhai diri
Masih baru
Aku masih lagi baru...masih lagi mentah..masih lagi mrncuba..masih lagi ingin.. untuk berjinak-jinak dalam penulisan dan perniagaan. Moga Dia Yang Maha Memudahkan akan memudahkan aku dalam urusan aku. Aku masih lagi ingin belajar..tak mahu tergesa-gesa. Kena belajar untuk buang perasaan malu. Untuk berjaya kena sentiasa bertanya dan tidak malu untuk menghadapi kegagalan dan tohmahan orang.
Aku ingin menulis untuk meluahkan rasa dan berkongsi cerita. Meskipun tak ada pembaca..namun aku puas untuk mencatatkan perasaan aku di sini. Mungkin ada yang terbaca blog ini dan menyatakan..kalau tak kisah buat apa buat blog? Kenapa tak tulis dalam diari je..
Kita sekarang ni di dalam alaf 21. Ke arah generasi paperless. Kita cuba untuk menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan kertas. Simple bukan.
Sampai di sini sahaja rant aku kali ini.