..Write as your mind speak..
entri ini ditulis sejak beberapa hari lalu...namun baru hari ini baru sempat di publish..
berkira-kira untuk membuat satu lagi nota buat hati..
nota buat hati ini ditulis tanpa ak berfikir panjang dan ak coretkan setiap bait kata yang terlintas di fikiranku tanpa sedikit pembetulan pada ayatnya..haha..so, maybe the sentences are bit off..maybe akan jadi macam erkkk...apa yang dia cuba sampaikan.. okayy..
ini adalah nota buat hati..
dititipkan buat diriku dan rakan-rakan mencari tujuan dalam hidup ini..
Ayuh kita merenung kembali apa yang telah berlaku dalam
hidup kita. Mungkin ini satu cabaran yang harus kta lalui dalam hidup ini. Hidup
ini adalah satu perjalanan, untuk menuju ke tempat yang kekal. Hidup ini satu
perjuangan dalam mencari cinta yang hakiki. Cinta Ilahi. Mungkin tanpa kita
sedar, kita jauh menyimpang dari landasan perjuangan yang harus kita lalui
dalam hidup ini. Mungkin tanpa kita sedar, kita jauh ketinggalan dan tanpa kita
sedar, kita telah menjadi alpa dalam hidup di dunia yang fana ini. Kita menjadi
leka dengan kebahagiaan sementara di dunia ini, sehinggakan kita lupa bahawa kebahagiaan
kita di akhirat yang masih kabur dari genggaman. Tanpa kita sedar, kita menjadi
seorang yang hipokrit. Hipokrit dengan diri sendiri. Kita telah menipu diri
kita sendiri dengan menyatakan bahawa kita bahagia dengan hidup kita. Apakah
kebahagiaan yang kita tempuhi itu kekal abadi atau adakah ia bakal lenyap tanpa
amaran?