Wednesday

nota buat hati #2


Nota buat hati ni dititipkan khas buat hati-hati yang kering dan kosong sepertiku..
Kering ini bukan bermaksud hati yang keras atau berhati batu atau sebagainya…
Apa yang aku cuba sampaikan ialah hati yang kosong tanpa pengisian…
Hati yang kosong ini mudah digoda sekiranya tidak diisi dengan cara yang betul..
Duhai hati, perlukah engkau mencari seorang lelaki atau perempuanbukan  mahram/ajnabi untuk mengisi kekosongan jiwamu?
Perlukah engkau mencurahkan isi hatimu kepada mereka?
Perlukah engkau bermanis lidah dan melembutkan suaramu dengan mereka?
Perlukah engkau melekapkan telingamu dengan handphone berjam-jam lamanya hanya untuk mengadu rasa?
Sedangkan dengan keluargamu sendiri engkau tidak melakukan yang serupa..mereka merupakan orang yang mempunyai pertalian darah denganmu…
Sedangkan mereka lebih selayaknya tahu apa sahaja tentang dirimu..
Mengapa perlu engkau mencari orang yang nun jauh di sana sedangkan masih ada yang dekat denganmu?
Adakah rakanmu yang selalu denganmu tidak layak untuk menjadi tempat engkau meluahkan rasa dan berkongsi rahsia?
Perlukah engkau dedahkan aibmu dengan mereka yang tidak mempunyai kaitan denganmu?
Wahai hati yang lembut, janganlah engkau mengeraskan hatimu sebegitu…kerna hati itu tidak selayaknya dilayan sebegitu… sentiasalah lembutkan hati itu dengan mengingati ALLAH..
Bukankah kita mengetahui bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang
Wahai hati ini, ingatlah… engkau dicipta untuk membantu manusia…untuk terus hidup..dan engkau tahu bahawa jiwa engkau buruk maka buruklah seluruh anggotamu…
Bersihkanlah hati itu dengan zikrullah, banyak mengingati Allah..ketahuilah, Allah telah berfirman agar jangan mendekatkan diri dengan zina…
Disitu, ditegaskan, MENDEKATI bukan MELAKUKAN ZINA kerana kita tahu bahawa jika kita telah melakukan zina maka kita tidak boleh berpatah balik…oleh itu ALLAH  telah melarang kita dengan menegaskan bahawa janganlah kamu melakukan zina…
Hati, ingatlah…

0 merapu bersama~~:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...