Wednesday

Tersedarku dari lena


Sudahkah anda bangun dari lena yang panjang?
Lena yang tanpa anda sedari.. lena yang tanpa menutup mata..
Anda bersenang lenang..
Rileks bak kata orang..
Apa yang sedang anda lakukan sebenarnya?
Benarkah anda sedang lena?
Bangun, bangkit..
Sedarlah.. hidup ini sementara cuma.
Jika hari ini, saat ini, kita masih lagi bernafas,
Ingatlah, mungkin sesaat kemudian, nafas itu terhenti..
Kematian hadir tanpa kita duga..
Sedarkah? Sedarkah kita? Sedarkah aku?

Mari kita sama-sama beristighfar..
Memohon keampunan atas segala perbuatan kita, samaada kita sedar atau tidak, keburukan dan dosa yang kita lakukan terhadap diri, keluarga, rakan, masyarakat, binatang, alam sekitar dan paling penting, ALLAH AZZA WAJALLA

nota kaki: tersedarku dari lena selepas membaca berita tentang kematian seorang calon SPM pagi tadi. Sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.. 

0 merapu bersama~~:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...