Hari ini, setelah sekian lama tak update blog ni, tiba-tiba timbul keinginan untuk mencoretkan sesuatu..
Serious, memang dah lama kot tak update blog ni.
Macam dah terbiar camtu je.
Mungkin, diri ini terlalu sibuk.
Jadi, hari ni tak tahu nak tulis pasal apa sebenarnya.
Hanya membiarkan jari jemari ini menari di pentas keyboard laptop ni je.
Sekarang ni, musim peperiksaan.. saya pun tengah menduduki final exam untuk semester ni.
Semua tengah tekun study, sedangkan saya tekun buat benda lain.. haha~
Tak banyak yang saya nak tulis sebenarnya.
Cuma mahu mewujudkan kembali pemilik blog ini kepada blognya sendiri.
Well, I'm just another specky girl for you.
Saya gemar menjadi silent reader...
tak selalu saya komen, tapi saya gemar membaca..
banyak yang saya belajar daripada pembacaan saya,
terutamanya blog-blog yang share resepi, memang membuatkan air liur kecur..
Nak mencuba, belum berpeluang, sebab duduk kat asrama yang memang peraturannya tak boleh memasak.
Banyak jugak video-video yang mencuit hati dan membuatkan diri ini rasa nak muntah bila tengok..
Nasihat saya, banyak-banyak bersabar dan jadikanlah video-video itu sebagai hiburan masa lapang dan juga sebagai ingatan bahawa mereka masih mentah dan perlukan didikan. Merekalah golongan yang bakal mencabar diri seorang guru..kerana guru-guru perlu memikirkan cara untuk menangani mereka secara berhikmah..
Kelakar jugak bila tengok banyak video parody yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan bila munculnya video-video yang saya mention sebelum ini.
Mungkin sikit je kot yang saya tulis setakat ni.
Lain masa mungkin lebih banyak yang boleh saya coretkan di sini.
InsyaALLAH..
hingga berjumpa lagi pada lain masa.
0 merapu bersama~~:
Post a Comment