setelah sekian lama, akhirnya eden kembali dengan post baru...
menyepi diri ini kerana terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan dan komitmen
yang datang secara tiba-tiba...
walaupun bukanlah secara tiba-tiba sangat..hehehe..
maaf, eden tak tahu nak tulis pasal pe..post kali ini tak bertajuk kerana eden
tak tahu nak tulis pasal pe sebenarnya...
nampaknya, dalam hidup ni kita tak lepas dari melalui
pelbagai dugaan hidup..
pastinya, setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi
tu mampu mematangkan diri ini..
tidak mustahil kita akan berhadapan sekali lagi dengan cabaran yang
serupa bahkan mungkin lebih 'upgrade' dari apa yang telah kita hadapi...
setiap dari itu mengajar kita sesuatu..
agar kita menjadi lebih tabah dan
berfikiran matang dalam membuat sesuatu keputusan...
dunia efujy tidak selalunya berwarna-warni
dan cerah dengan sinaran mentari..
kadang-kadang hidup diri ini dilanda hujan, ribut dan taufan..
dan kadang-kadang terasa bagaikan hidup dalam dunia yang hanya berwarna
hitam dan putih...
namun eden cuba untuk menampilkan personaliti yang ceria
meskipun ada kalanya ingin merembeskan air mata..'gloomy'??
kadang-kadang..tak dapat nak elak dari
membuat raut wajah seperti ini..
mungkin, identiti ceria itu tidak dapat ditampilkan
kerana terlalu banyak perkara yang difikirkan
atau disebabkan diri ini terlalu mengantuk..
benar..jika eden terlalu mengantuk, maka wajah muram dan
macam nak makan orang tu akan muncul dengan sendirinya...
post kali ini berakhir dengan agak tergantung agaknya..
memang eden tak tahu bebenor nak tulis pasal pe...
BYE YEOM~~~
0 merapu bersama~~:
Post a Comment