Saturday

review drama


Memandangkan sekarang ni saya akan menganggur..banyak sangat masa yang ada. So I'm going to watch the old dramas and the new ones of course. Banyak sangat drama yang ada dalam external hard disk tu. Bersusun. Ada yang dah tengok, ada yang tunggu masa nak tengok, n ada yang langsung x tau bila nak tengok. Macam xde perasaan nak tengok pun ada. Haha. Ni nak tulis review untuk semua cerita pun best gak. Macam ada tujuan sikit nak tengok. 

Okay. Review yang pertama telah ditetapkan. Drama emergency couple. Cerita ni dah lama. Song ji hyo and choi jin hyuk. Jumpa di entri seterusnya untuk review yang pertama.

I'm back


Lama betul tak menulis dalam blog ni.. hampir dua tahun.
Tadi ada tengok last date tulis kat blog ni, 12/12/2013. Genap dua tahun betul.
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk menulis di sini. Janggal pulak rasanya. Tengok blog dalam keadaan yang agak berserabut. Dulu, memang seronok duk hias blog. Sekarang ni rasa macam keanak-anakan pulak. 
Will try to fix it and give this blog a mature look.

Dah habis belajar pun pemilik blog ni. Alhamdulillah.  Tapi perangai, x berubah langsung.  
Masih lagi peminat kpop..tapi memang saya cuba elak untuk dedahkan kepada orang lain. Tak ramai yang tahu sebenarnya saya ni minat kpop. Lagipun saya ni tak de la minat semua kumpulan kpop. Saya minat lagu dan sesetengah kumpulan je.

Sesetengah orang bila cakap atau jumpa peminat kpop, kebiasaannya akan judge that person. Dia tu minah kpop..mesti mengada. Minah kpop tu xde life. Sorry..that's why saya jarang bgtau orang yang saya minat kpop.  Lepas tu kalau tahu je orang tu minat kpop mesti akan mengata macam2. Kenapa la minat kpop. Itu hak masing2. Mulut manusia tak pernah diam dari mengata dan jadi hakim. Don't!  

Sebenarnya saya tulis ni bukan nak rambling pasal kpop. Just nak announce kepulangan saya di sini je.. walaupun saya tahu blog saya ni bukanlah popular dan ada ramai follower. Saya cuma ingin mencari satu platform untuk meluahkan rasa dan minat saya. 

Selain minat kpop,  saya minat menonton cerita. Tak kisah la cerita apa. Korea mestilah. Jepun, taiwan, thailand, telenovela mexico pun saya suka tengok. Especially back in the day, time cerita la usurpadora, Rosalinda ditayangkan. Sekarang ni lun layan lagi. Jadi,  saya teringin nak jadikan blog ni sebagai blog untuk saya buat review cerita yang saya tonton. Sekadar berkongsi pendapat dan meluahkan perasaan terhadap cerita yang saya tonton.

Setakat ni saja kot coretan saya hari ni. In sha Allah ada kesempatan saya akan menulis entri baru. Walaupun tak ada orang baca, saya boleh look back and baca apa yang saya tulis. :-)♡♡

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...