Tuesday

Nota buat hati #6


Kadang-kadang, kita sering merasakan diri kita sentiasa betul, dan tidak mahu menerima pendapat orang lain.. Kita merasakan diri kita tahu segalanya, sedangkan hakikatnya tidak. Sedarkah kita bahawa diri kita sebenarnya angkuh? Angkuh dengan diri sendiri, angkuh dengan orang lain, dan lebih-lebih lagi angkuh dengan Pencipta kita sendiri. Kita angkuh, sombong. Mengapa saya katakan begitu? Soalan ini kerapkali telah saya fikirkan.. dan jawapannya sentiasa berubah.. mengapa saya katakan diri saya angkuh? Checklist diri, berapa banyak kali saya berdoa dalam sehari? Berapa banyak kali saya berzikir dalam sehari? Berapa banyak kali/ muka surat telah saya baca Al-Quran dalam sehari?

Thursday

Cuti


Sekarang ni musim cuti sekolah..dan pastinya semua orang yang bergelar pelajar mengemari waktu-waktu sebegini.
Diharapkan semua yang bergelar pelajar sekolah dapat memanfaatkan cuti ini dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.
Bercakap pasal cuti ni...eden memang sangat gemar waktu cuti. Iye la. Nama pun cuti kan?
Waktu ni la masa untuk eden berehat dan menumpukan perhatian kepada benda-benda lain selain hal-hal akademik.
I'm thinking of writing something. A story. What is it all about? Secret.. 
Tapi eden ada publish kat satu blog yang memang eden cipta untuk publish cerita tu. 
Setakat ni blog tu masih private sebagaimana privatenya cerita yang sedang dikarang ni.
kalau diikutkan sejak zaman sekolah lagi eden dah mula menulis, tapi secara kecil-kecilan. masih merangkak untuk menghabiskan satu cerita. sekarang eden cuba untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada cerita  yang sedang dirangka ini.. sedikit sebanyak dimasukkan idea sejak zaman sekolah dulu.. tapi diolah mengikut acuan pemikiran sekarang sekarang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...