Saban bulan, mungkin selang beberapa bulan barulah blog ini selalunya dihiasi dengan post yang baru..
entah kenapa, pemilik blog ini kurang meng'update' blog..
jika pada awalnya, pemiliknya rancak dalam menulis, namun kini hanya sekali sekala diri ini menyapa blog ini...
selalunya, alasan yang sering dilontarkan ialah..
"tak ada masa untuk menulis lantaran kekangan assignment yang berlambak.."
"kekeringan idea untuk menulis"
dan banyak lagi..
alasan demi alasan dicipta...
kerap menjadi bangau dan terus membangau...
lantas blog ini dibiarkan bersarang...
hah...post kali ini bukan untuk membicarakan tentang blog sebenarnya...
sebaliknya ingin mengaitkannya dengan kehidupan kita..
maaf, saya tidak memandang meng'update' sesuatu itu amat penting..
blog post saya selalunya ditulis jika saya merasai sesuatu perkara atau kejadian..
ia lahir daripada perasaan saya..
dan saya ingin mengingatkan diri saya dengan perasaan yang saya rasai ketika itu dengan berkongsi dan mencatatkan apa yang saya rasa pada ketika itu...
jika ditanya apakah yang sedang saya rasai pada saat saya menulis entri kali ini,
jujur saya katakan.. saya tidak merasai apa-apa..
namun hati dan tangan saya bagaikan ditarik..untuk terus melekat pada keyboard ini..
dan teruskan menaip...
mungkin entri kali ini, seperti selalu..
agak kurang terancang dan tiada coherence antara satu perkataan dengan perkataan yang lain..
kerana sememangnya saya tidak merancang untuk menulis apa-apa..
baiklah...
diri ini kerap mencipta alasan demi alasan dalam hidup..
dan kerap kali cuba mengelak dari menggalas tanggungjawab..
mungkin kerana takut..
mungkin kerana perasaan malas menguasai diri..
mungkin juga kerana kurangnya ilmu di dada..
haahhhh...
tengok...
sekali lagi mencipta alasan..
terus menjadi bangau..
alasan..alasan...alasan..
alasan perlu dalam hidup untuk membuat keputusan..
namun alasan yang diberikan haruslah membina..dengan kata lain, alasan tersebut ialah sebab kenapa kita berasa takut.
alasan dan sebab..berbeza? atau tidak?
saya tidak tahu..
pada pandangan saya, alasan diberikan jika kita cuba mengelak sesuatu..
manakala sebab diberikan disertai dengan hujah yang kukuh serta boleh disertai dengan solution bagi mengatasi sesuatu..
benarkah apa yang saya tulis ini?
saya pun tidak pasti kerana saya hanya menulis apa yang terlintas pada fikiran saya pada ketika ini..
betulkan saya jika saya tersilap dalam tulisan saya kali ini..
kerana saya insan yang lemah..
p/s: entri ini benar-benar ditulis tanpa berfikir panjang..ianya berdasarkan apa yang terlintas pada fikiran saya...maafkan saya jika mengandungi kesilapan.. :)