Monday

nota buat hati #4



duhai hati, bersabarlah...
duhai akal, fikirlah...
duhai diri, ingatlah..
duhai nafsu, tenanglah...
duhai nafsu, insaflah...
duhai hati, akal, nafsu, diri... bertaubatlah...insaflah dari melakukan perkara yang dilarang...
sedarlah..engkau hanyalah manusia biasa..
dan setiap yang hidup pasti akan merasai mati...
dan pastikah engkau sudah cukup dengan persiapan menghadapi saat-saat kematian?
bahkan saat-saat kau akan dipersoalkan dihadapan YANG ESA?
sudah pasti belum bukan?
maka sudah seharusnya engkau insaf duhai diri...
ingatlah...engkau masih muda..
dan tidak semestinya yang muda akan menemui ajal lebih lewat daripada yang lebih tua..
kerana ajal maut tidak mengenal usia..
dan ia berada di tangan ALLAH yang menentukan segala-galanya..
sekiranya DIA mengkehendaki, maka jadilah.. 



dan setelah engkau mati, hanya 3 perkara/amalan yang akan membantumu/membawamu ke syurga...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

adakah engkau mempunyai semua itu?
YA/TIDAK?
sekiranya YA, maka tahniah..namun jangan terlalu leka...
engkau tetap perlu meneruskan ibadatmu yang lain..
sekiranya TIDAK, maka teruskan berusaha di samping memperbanyakkan amalan ibadatmu...

pesanan buat diriku yang terlalu mudah alpa dengan kesenangan hidup dan keindahan sementara di dunia ini..
sehinggakan lupa tentang kehidupan akhirat yang bakal ditempuh nanti..
banyakkanlah amalanmu duhai diri...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...