Monday

nota buat hati #3


..Write as your mind speak..

entri ini ditulis sejak beberapa hari lalu...namun baru hari ini baru sempat di publish..
berkira-kira untuk membuat satu lagi nota buat hati..
nota buat hati ini ditulis tanpa ak berfikir panjang dan ak coretkan setiap bait kata yang terlintas di fikiranku tanpa sedikit pembetulan pada ayatnya..haha..so, maybe the sentences are bit off..maybe akan jadi macam erkkk...apa yang dia cuba sampaikan.. okayy.. 


ini adalah nota buat hati..
dititipkan buat diriku dan rakan-rakan mencari tujuan dalam hidup ini..

Ayuh kita merenung kembali apa yang telah berlaku dalam hidup kita. Mungkin ini satu cabaran yang harus kta lalui dalam hidup ini. Hidup ini adalah satu perjalanan, untuk menuju ke tempat yang kekal. Hidup ini satu perjuangan dalam mencari cinta yang hakiki. Cinta Ilahi. Mungkin tanpa kita sedar, kita jauh menyimpang dari landasan perjuangan yang harus kita lalui dalam hidup ini. Mungkin tanpa kita sedar, kita jauh ketinggalan dan tanpa kita sedar, kita telah menjadi alpa dalam hidup di dunia yang fana ini. Kita menjadi leka dengan kebahagiaan sementara di dunia ini, sehinggakan kita lupa bahawa kebahagiaan kita di akhirat yang masih kabur dari genggaman. Tanpa kita sedar, kita menjadi seorang yang hipokrit. Hipokrit dengan diri sendiri. Kita telah menipu diri kita sendiri dengan menyatakan bahawa kita bahagia dengan hidup kita. Apakah kebahagiaan yang kita tempuhi itu kekal abadi atau adakah ia bakal lenyap tanpa amaran?


satu permulaan


setelah sekian lama tidak mencoretkan kata di blog ni...
hadirku muncul untuk mencoretkan rasa hati..
alhamdulillah.. hari ni masuk hari ke-10 kita berpuasa...
insyaALLAH.. jadikanlah bulan ramadan ini satu permulaan yang baru bagi kita mendekatkan diri kita kepada Pencipta Yang Agung..
namun bukanlah bererti pada bulan lain kita lalai dari mengingatiNYA..
jadikanlah bulan ini sebagai titik tolak kepada perubahan dalam hidup kita..
jadikanlah amalan dalam bulan ini sebagai amalan yang menjadi nadi hidup kita..
bererti, jika kita meninggalkan amalan yang dilakukan, kita akan merasa satu kehilangan yang besar dalam hidup kita..IN SYA ALLAH...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...