Monday

nota buat hati #4



duhai hati, bersabarlah...
duhai akal, fikirlah...
duhai diri, ingatlah..
duhai nafsu, tenanglah...
duhai nafsu, insaflah...
duhai hati, akal, nafsu, diri... bertaubatlah...insaflah dari melakukan perkara yang dilarang...
sedarlah..engkau hanyalah manusia biasa..
dan setiap yang hidup pasti akan merasai mati...
dan pastikah engkau sudah cukup dengan persiapan menghadapi saat-saat kematian?
bahkan saat-saat kau akan dipersoalkan dihadapan YANG ESA?
sudah pasti belum bukan?
maka sudah seharusnya engkau insaf duhai diri...
ingatlah...engkau masih muda..
dan tidak semestinya yang muda akan menemui ajal lebih lewat daripada yang lebih tua..
kerana ajal maut tidak mengenal usia..
dan ia berada di tangan ALLAH yang menentukan segala-galanya..
sekiranya DIA mengkehendaki, maka jadilah.. 



dan setelah engkau mati, hanya 3 perkara/amalan yang akan membantumu/membawamu ke syurga...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

adakah engkau mempunyai semua itu?
YA/TIDAK?
sekiranya YA, maka tahniah..namun jangan terlalu leka...
engkau tetap perlu meneruskan ibadatmu yang lain..
sekiranya TIDAK, maka teruskan berusaha di samping memperbanyakkan amalan ibadatmu...

pesanan buat diriku yang terlalu mudah alpa dengan kesenangan hidup dan keindahan sementara di dunia ini..
sehinggakan lupa tentang kehidupan akhirat yang bakal ditempuh nanti..
banyakkanlah amalanmu duhai diri...


Tuesday


setelah sekian lama, akhirnya eden kembali dengan post baru...
menyepi diri ini kerana terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan dan komitmen 
yang datang secara tiba-tiba...
walaupun bukanlah secara tiba-tiba sangat..hehehe..
maaf, eden tak tahu nak tulis pasal pe..post kali ini tak bertajuk kerana eden 
tak tahu nak tulis pasal pe sebenarnya...


nampaknya, dalam hidup ni kita tak lepas dari melalui
 pelbagai dugaan hidup..
pastinya, setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi 
tu mampu mematangkan diri ini..
tidak mustahil kita akan berhadapan sekali lagi dengan cabaran yang
 serupa bahkan mungkin lebih 'upgrade' dari apa yang telah kita hadapi...
setiap dari itu mengajar kita sesuatu..
agar kita menjadi lebih tabah dan 
berfikiran matang dalam membuat sesuatu keputusan...

dunia efujy tidak selalunya berwarna-warni
 dan cerah dengan sinaran mentari..
kadang-kadang hidup diri ini dilanda hujan, ribut dan taufan..
dan kadang-kadang terasa bagaikan hidup dalam dunia yang hanya berwarna
 hitam dan putih...
namun eden cuba untuk menampilkan personaliti yang ceria
 meskipun ada kalanya ingin merembeskan air mata..'gloomy'??
 kadang-kadang..tak dapat nak elak dari 
membuat raut wajah seperti ini..
mungkin, identiti ceria itu tidak dapat ditampilkan 
kerana terlalu banyak perkara yang difikirkan 
atau disebabkan diri ini terlalu mengantuk..
benar..jika eden terlalu mengantuk, maka wajah muram dan
 macam nak makan orang tu akan muncul dengan sendirinya...

post kali ini berakhir dengan agak tergantung agaknya..
memang eden tak tahu bebenor nak tulis pasal pe...
BYE YEOM~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...